Sunday, December 26, 2010

Sesuatu yg tidak di jangka...



Surat ini benar-benar membuatkan aku rasa tidak percaya...Namun pada hakikatnya sekarang aku sudah pun mendaftarkan diri sebagai pelajar sarjana.. Jauh di sudut hati aku untuk melepaskannya.. Walaupun banyak tawaran kerja yang ku terima, tetapi inilah pilihan yang paling tepat aku buat untuk mengejar cita-citaku..

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada aku untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini... terutama ibu dan bapaku serta adik beradik yang sentiasa mahu melihat aku berjaya.. Akan ku balas jasa mereka dalam memberikan pendidikan ku sehingga kini.. amin

Monday, November 8, 2010

Pendakian Bukit Tabur, Gombak...



Assalamualaikum ...

Hai, kwn-kwn semua..

Minggu lepas aku banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan..tapi sebelum tu aku pergi ke Bukit Canggang, Banting Selangor untuk bertemu dengan mak tersayang. Hujung minggu kali ini aku pergi mendaki Bukit Tabur, Gombak. Bukit Tabur merupankan Bukit yg kedua selepas Bukit Broga. . Perjalanan dari Bangi mengambil masa 1 jam jer.. Pemandangan di Bukit Tabur cantik kerana ianya berhampiran dengan sebuah empangan.

Thursday, October 28, 2010

Ke Jinjang Pelamin Jua akhirnya..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Diam x diam dah setahun lebih aku meninggalkan alam Universiti... Kenangan di Universiti sesuatu yg agak menyeronokkan.Rasanya rakan-rakan semua masih ingat kenangan kita sewaktu di PD. Pada waktu malam ketika itu kita semua duduk di dalam satu bulatan dan memberitahu hala tuju masing-masing, pada waktu itu suasana amat tenang dan kita semua menceritakan kisah suka dan duka masing-masing.



Hari ini kalian semua sudah berjaya mengharung kehidupan .. Tahniah di ucapkan kepada Lin yang telah mendirikan rumahtangganya dengan pilihan hati seorang polis.( Dah nak dapat anak pun ) Pada tanggal 4 hb Disember 2010 Pula Firdaus akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hatinya Maimon... yang lain2 tu x tau la plak..



Dalam sibuk-sibuk melihat teman2 yang mendirikan rumahtangga ada juga yang akan menamatkan pengajian master mereka... Tahniah juga pada mereka.. dan bilakah peluang akan menjelma untuk aku menyambung pengajian..

Walau apapun kepada semua rakan-rakan persuratan, doakan kejayaan bersama dan apa yg kita harungi bersama akan tersemat di sanubari aku ..

Tahniah sekali lagi..

Friday, October 15, 2010

Aku Kembali lagi...

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....

Hai apa khabar kawan-kawan semua? Harap kalian semua sihat hendaknya bersama keluarga masing-masing... Alhamdulillah aku sihat dan sekarang ni sedang menjalankan tanggungjawab sebagai PRE di Kementerian Pelajaran Malaysia. Agak lama x update blog ni.. mungkin jadual yg begitu padat menyebabkan tidak sempat untuk berkongsi diari hatiku ini. Sebenarnya banyak cerita yang ingin di khabarkan kepada kalian semua.. tapi apakan daya semua cerita yang ingin di kongsi telah luput dalam ingatan..

Kehidupan baru harus diteruskan bagi mencapai sesuatu impian yang x pasti... sekarang ni tgh sibuk untuk menguruskan satu Majlis yang telah di gabungkan untuk menjadi 1. Antaranya meraikan rakan PRE yang lahir pada bulan 7-10, Majlis Kesyukuran, Meraikan Perpisahan, Kenaikan Pangkat dan Sambutan Aidilfitri.Program ini dinamakan Majlis Jalinan Mesra. Majlis Jalinan Mesra adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama staf dgn pegawai, bersesuaian dengan temanya " Kasih tersemai,ukhwah terjalin ". Majlis ini akan diadakan di Aras 2, Bahagian Pendidikan Islam, KPM pada 18 Okt.2010 bersamaan hari Isnin. Antara tetamu kenamaan yang akan hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Tn. Hj. Abdul Rasyid Bin Ngah.
Selain sibuk untuk Majlis ni, aku di jangka akan pergi ke Majlis Perkahwinan yang akan di adakan di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

ok lah rasa cam x der pape g nak cerita. tunggu je la selesainya majlis2 ni.. nanti aku masukkan gambar sekali k. Assalamualaikum...

Thursday, May 13, 2010

Sifat orang yang lahir pada bulan Mac biasanya:


Shah lahir pada bulan Mac.

1: Berpesonaliti menarik dan menawan.
2: Mudah didampingi.
3: Sangat pemalu dan pemendam rasa.
4: Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
5: Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
6: Suka pada kedamaian.
7: Sangat peka pada orang lain.
8: Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
9: Tidak cepat marah dan sangat amanah.
10: Tahu membalas dan mengenang budi.
11: Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
12: Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
13: Suka berangan-angan.
14: Suka melancong.
15: Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
16: Kelam kabut dalam memilih pasangan.

ADAKAH INI AKU??? HUHUHU

Thursday, May 6, 2010

DERMA SEIKHLAS HATI DAN NURANI...




Menderma bukan sahaja bentuk kewangan atau barangan..tetapi kita boleh menderma apa yang ada pada diri kita demi menyelamatkan orang lain.Pendermaan organ adalah sesuatu amalan yang mulia.. memang sukar untuk seseorang itu untuk menderma organ kerana takut apabila meninggal ianya tidak menjadi sempurna. Pendermaan organ memerlukan keikhlasan seseorang...




Walaupun kita tidak dapat menderma organ sekalipun menderma darah juga adalah satu amalan yang mulia kerana dapat membantu orang yang kekurangan darah...Mungkin ini yang selalu kita dengar dan lihat masyarakat yang takut dengan derma darah..Kadang2 harap sahaja badan besar tetapi takut untuk menderma. Ada yang takut menjadi gemuk setelah selesai menderma darah kerana imunisasi nak makan tu kuat.. Pada 6/5/2010 aku telah menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Inilah tanggungjawab aku untuk mereka yang memerlukan.

Wednesday, May 5, 2010

SALAM PERPISAHAN...




Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

( khas ditujukan buat rakan-rakan pratikal dari USIM )
- AMAL , KAK HAE, SARAH DAN NAB )

Tuesday, May 4, 2010

Menjejak Pelangi

Terketar-ketar
Bibirku bila saja tersentuh
Dingin penawar
Yang kau berikan sepenuh hati

Merawat lukaku
Perantau terdampar
Selembut dara dikala menguntum
Kesuma di halaman mahligai

Halus belaian
Dan budi bicaramu kasih
Hingga terlerai
Segala derita yang membuai

Perasaan ragu
Di jalan berliku
Gerimis riang berkilau kilauan
Menyeri wajahku kian tersenyum

Lena didakap impian
Lena bersemadi menghayati
Cinta sedalam samudera
Seluas angkasa hijau tak bertepi

Redakanlah rinduku
Yang masih bergelora di jiwa
Cuba menjangkau jawapan
Masih kesamaran oh kekasih

Rasa tak terdaya
Untuk melangkah
Ke kaki pelangi memburu mimpi
Rasa bagaikan
Menjejak pelangi

Monday, May 3, 2010

TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang-alang dah sampai Pahang, kami semua ( aku, napie, cidot dan Haf ) terus berjalan...Destinasi kali ini adalah Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Keindahan ciptaan Tuhan memang mengasyikan inilah dikatakan khazanah yang tidak ternilai harganya. Petang 1 Mei 2010, kami semua menghabiskan masa di lubuk simpon untuk bermandi- manda..kesejukan sungai yang dingin mengigit tubuh hingga ke tulang. kami mengindap di Pondok Durian yang amat selesa. Kawasan yang cantik dipenuhi dengan dusun buah-buahan amat menyeronokkan. keadaan yang selesa membuatkan tidurku menjadi lena bagaikan di buai mimpi indah.




Seawal pagi kami semua bangun bagi meneruskan misi seterusnya. Bukit Teresik dan Titian Canopy. Perjalan 2.5 KM memberikan kepuasan yang teramat sangat,walaupun agak penat sedikit tetapi sekurang-kurangnya dapat melupakan penat berkerja dan kesesakan di ibu kota. Pada pukul 12 kami terus keluar daripada tempat penginapan dan terus menuju ke Kuala Lumpur.

Walaupun kami pergi berempat tetapi ia suatu kepuasan dalam hidup...harap-harap untuk program akan datang lebih ramai lagi yang dapat sama-sama menyertai.



Thanks you to all my friend's...

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK SUE & ABG. JASS..

Pada 1 Mei 2010 merupakan hari bersejarah bagi kak sue dan abg.jass kerana mereka selamat di ijab kabul. Majlis perkahwinan yang berlangsung di Felda Gelanggi 2 diserikan dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. Doaku semoga mereka kekal bahagia sehingga akhir hayatnya.


Selamat pengantin baru buat kat Sue dan Abg. Jass

Friday, April 30, 2010

Menghargai apa yang dimiliki

" Berpisah dan bertemu adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati jangan lupa "
Begitulah bait-bait lagu perpisahan yang sering kita lagukan apabila berlakunya perpisahan.

Perpisahan memang lumrah bagi setiap manusia di muka bumi ini. Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga dengan pertemuaan yang diakhiri dengan perpisahan. Bagiku itu itu adalah suatu suratan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

Kehadiran seseorang dalam hidup kita pasti akan menjadikan perjalanan hidup kita penuh dengan warna-warni. Kehadirannya tentu memberikan pengajaran sedikit sebanyak dalam kehidupan ini. Hal ini akan menambahkan kematangan kita dalam menghadapi dan menjalani kehidupan.

Bagaimanapun, dengan tidak melupakan pentingnya kehadiran orang-orang sekeliling kita, pengantungan sepenuhnya adalah kepada kita sendiri bersama kekuatan dalaman yang kita bentuk hasil ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Thursday, April 29, 2010

Akhirnya berjaya juga aku melepasi Mtest...


Pada mac yang lepas aku telah mengambil ujian Mtest untuk calon KPLI di SMK ( P ) Temenggong Ibrahim... Walaupun pada saat itu hanya badan aku tak berapa nak sihat, namun aku gagahkan juga diri ini untuk pergi dengan menunggang motosikal..Walaupun dalam keadaan yang sejuk aku terus menjawab dengan penuh iltizam untuk aku berjaya.. Alhamdulillah dengan iltizam yang kuat aku berjaya melepasi ujian Mtest kali yang kedua ini ( Kali pertama ada minta tapi x grad lagi ).

Pada 28hb April 2010, aku pergi temuduga di IPG Tun Husein Onn, Batu Pahat. Pada permulaan kami semua di uji dengan perbincangan berkumpulan dan kemudian secara individu.. Aku mengharapkan temuduga pada kali berjaya untuk mencapai cita-citaku sebagai pendidik.. Amin.

Wednesday, March 24, 2010

kALI TeRaKHIr Ku liHat WaJahMU....


Setiap yang hidup pasti akan kembali..inilah takdir Ilahi yang harus aku terima apabila kehilangan seorang yang amat aku sayangi pada tanggal 13 September 2006. Walaupun hampir 5 Tahun pemergiannya saat-saat kami bersama tetap aku kenang. Dia yang ku anggap seperti ayah dan abangku menjadi sumber kekuatan dalam hidupku untuk terus berjaya dalam hidup. Saat terakhir aku melihat wajahnya semasa berada di Hospital. Kata-katanya menusuk dalam jiwa. Itulah kata-kata semangat yang terakhir aku dengar dari mulutnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al- Fatihah