Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...
Diam x diam dah setahun lebih aku meninggalkan alam Universiti... Kenangan di Universiti sesuatu yg agak menyeronokkan.Rasanya rakan-rakan semua masih ingat kenangan kita sewaktu di PD. Pada waktu malam ketika itu kita semua duduk di dalam satu bulatan dan memberitahu hala tuju masing-masing, pada waktu itu suasana amat tenang dan kita semua menceritakan kisah suka dan duka masing-masing.
Hari ini kalian semua sudah berjaya mengharung kehidupan .. Tahniah di ucapkan kepada Lin yang telah mendirikan rumahtangganya dengan pilihan hati seorang polis.( Dah nak dapat anak pun ) Pada tanggal 4 hb Disember 2010 Pula Firdaus akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hatinya Maimon... yang lain2 tu x tau la plak..
Dalam sibuk-sibuk melihat teman2 yang mendirikan rumahtangga ada juga yang akan menamatkan pengajian master mereka... Tahniah juga pada mereka.. dan bilakah peluang akan menjelma untuk aku menyambung pengajian..
Walau apapun kepada semua rakan-rakan persuratan, doakan kejayaan bersama dan apa yg kita harungi bersama akan tersemat di sanubari aku ..
Tahniah sekali lagi..
No comments:
Post a Comment