Tuesday, March 24, 2009

Ucapan Buat Teman Seperjuangan....

Assalamualaikum.....

Pertama sekali ingin aku ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencapai kejayaan ini....aku manusia biasa yang diciptakan Allah untuk sementara sahaja...takdir telah ditentukan cuma masa jer belum aku ketahuinya....
Sempena semester akhir ini, ingin aku meluahkan atau memberikan ucapan buat teman-teman seperjuangan....



Pelajar Lelaki..

DIN, ZACK, MIEJAN, DAUS, ASWAD, PEJAL, ZIHAN, BAHA, MAWI, SAFWAN....Abg. HAMDAN

Teruskan perjuangan dalam mengecapi kehidupan ini, moga kalian semua bahagia dan dapat membina keluarga yang ramai..huhuhuhu walaupun aku tak berapa nk join aktiviti ngan korang semua tapi dah nk akhir-akhir ni baru aku rasa persahabatan kita....kenangan di port dikson memrupakan kenangan teridah untuk kelas kita...walaupun ada yang tak pi..huhuhu

Doaku moga jalinan ukhwah yang terjalin akan kekal hingga ke akhir hayat...

Wednesday, March 11, 2009

cERpen : Izinkan Ku Pergi..

“ IZINKAN KU PERGI ”

Suasana bising.Kelas 4 Sains 1 hingar-bingar. Di sana sini roket kertas berterbangan. Cikgu Daliza masih belum nampak bayangnya pun. Katanya nak ke pejabat tapi entah kemana menghilang. Dan dalam kebisingan itu, Raziz atau nama penuhnya Md. Raziz Hairy Mohd Ali perlahan-lahan menuju ke tempat duduk Syahirah bersebelahan tempat duduk Siti Nadiah Hazirah.

“Emm…tengah buat apa tu? ,”Raziz menyergah Nadiah yang sedang khusyuk membelek surat tawarannya ke teknik.

“Awak, Raziz ada apa?” Diya bersuara.

”Tak ada apa cuma nak tanya, betul ke awak nak ke teknik?,” tanya Raziz pada Diya yang masih khusyuk membelek surat tawarannya.

’Yalah, takkan pulak tak nak masuk, saya yang mohon sendiri takkan bila dah dapat saya tak nak masuk pulak,” jawab Diya.

Tiba-tiba Syahirah muncul.

”Amboi, pantang aku bangun je ada la orang yang nak duduk tempat aku, Raziz, bangun aku hidup lagi ni,’ Iera naik marah.

’Hey, Raziz, ko tak payah la nak mengayat lagi si Diya tu, dia tu dah confirm pergi punya, lagi pun kan ko dah ada Husni tu,’ kata Iera selamba.

Sepantas kilat juga tangan Raziz singgah di bahu Iera .Pang...

’Wei, sakit la apa ko ni, Diya ko tengok Raziz ni jangan layan dia tau, menyampah la aku tengok muka kau, bangun la,’ Iera mengamuk.

Diya hanya mengangguk tanda faham.

’Raziz, buat apa kat sana tu,sini la kejap ada benda aku nak tunjuk dekat ko ni, ko ni asyik jual minyak je,’jerit Zain.

’Diya, betul ke kau nak pergi teknik tu, habis tu aku nak kawan dengan siapa takkan dengan penjual minyak tu kot,’Iera yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan kepastian.

’Aah, Iera nanti aku dah ke teknik jangan pulak ko lupa dekat aku ye,’Diya cuba memujuk sahabatnya.

’Tapi kenapa?sekolah dekat sini tak seronok ke, kan best lagipun Raziz kan ada, dia tu sebenarnya suka dekat ko tapi entahlah kenapa dia dengan Husni pulak,’ kali ni Iera pula yang memujuk Diya.

’Diya, tinggal dua hari lagi je kita dekat sinikan,’ Syarp sengaja nak menyakitkan hati Raziz.

Raziz sempat menjeling ke arah Syarp. Sebenarnya dalam hatinya membara. Raziz memang begitu tak kisahlah lelaki ke perempuan ke yang cakap dengan Diya pasti dia yang cemburu tapi semuanya hanya dalam hatinya sahaja.

Lepas rehat pelajaran berjalan seperti biasa.

’Semua ke makmal biologi sekarang,’ Am memekik menyuruh kawan-kawannya bergerak ke makmal sekarang.

Diya dan Iera mengemas buku untuk ke makmal.

’Eh, mana pulak buku teks biologi aku ni, tadi rasanya ada atas meja ni,’bisik hati Diya.

’Cepatla Diya,’ Iera memanggilnya.

’Awak cari apa tu Diya,’ Raziz menyibuk.

’Buku teks aku la tadi ada kat atas meja ni, kau ada nampak tak Raziz,’Diya menjelaskan padanya.

’Tak payah la risau, kan awak tu budak teknik,tak payah la belajar biologi lagi,’Raziz memerlinya.

Dalam keadaan marah dan sakit hati Diya terus ke makmal.

’Oo, dia nak sangat aku pergi teknik ye, tengok la, aku akan buktikan yang aku takkan ke sini balik dan aku akan pastikan aku akan jadi seorang jurutera elektrik yang berjaya, hati Diya berkata-kata.

Kringgg... loceng balik berbunyi.

Syahirah balik bersama emaknya yang merupakan salah seorang guru di situ. Hari ni adiknya tak datang sekolah sebab ikut mama dan papa menggambil kak long di airport.

”Nampaknya terpaksalah aku balik sorang-sorang,’Diya merungut.

Apabila sampai di pertengahan jalan hujan turun dengan lebat. Nadiah terpaksa berhenti di salah sebuah perhentian bas. Tiba-tiba Raziz menyapa dan menawarkan diri untuk menumpangkan Nadiah. Apabila teringat balik peristiwa tadi dia terus menolak. Akhirnya dia mengambil keputusan meredah sahaja hujan untuk segera pulang kerumah.

Keesokkan harinya pula, Diya tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam akibat meredah hujan semalam. Papanya telah membawanya ke klinik dan dia diberi cuti dua

hari. Sepanjang hari Nadiah asyik berborak dengan kak longnya, Siti Nadirah Hazwa. Kak longnya bakal menggantikan tempat ayahnya tak lama lagi sebagai pengurus besar syarikat pengeluar barangan elektrik terbesar di Malaysia.

”Kak Iera petang nanti boleh temankan Diya ke Giant tak, Diya nak beli barang sikit la, nak buat persiapan,” kata Diya.

Kak Wa merupakan nama samaran kak longnya. Petang itu seperti yang di rancang

Nadiah dan kak Wanya pergi membeli-belah di Giant. Jam sembilan malam mereka sekeluarga selesai makan malam, seperti biasa Nadiah menolong mama dan kak Azie mengemas meja makan. Selesai membantu mama dan kak Azie yang merupakan pembantu rumah sejak enam tahun lalu dia terus ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Nadiah memasang radio dan terus ke katilnya sebelum mengulangkaji pelajarannya.

”Esok nak ke sekolah ke tak,kalau tak pergi maksudnya aku takkan jumpa lagi kawan-kawan aku. Tapi nanti papa mesti marah,”Nadiah bercakap seorang diri.

Kedengaran seseorang mengetuk pintu.

”Masuk”

”Ha,kau Hairy masuk la,ada apa,”

”Kak Diya nah abang Raziz kasi surat ni untuk akak,”Hairy menghulurkan sekeping surat bersampul biru kepada kakaknya.

Secara kebetulan pula,nama adik Nadiah serupa benar dengan nama penjual minyak dekat kelasnya, Md. Raziz Hairy. Diya mengambil surat itu dan menyuruh adiknya keluar. Pada mulanya dia malas nak baca surat kiriman Raziz itu tapi akhirnya dia baca juga.

Assalammualaikum Nadiah,

Saya tahu awak mesti marah dan tak suka dengan surat ni kan tapi kenapa awak tak datang hari ini,ingatkan dah pergi teknik dah.Dan kalau awak nak pergi cepat-cepat sikit.Konon nak jadi jurutera elektrik bla la, saya pasti awak takkan tahan di teknik nanti sebab majoritinya lelakikan. Maklumlah, setahu saya awak tak suka kawan dengan budak lelaki. Anyway, saya harap awak datang esok sebab kitaorang ada surprise untuk budak teknik, bye.

Yang paling hensem,

-Md. Raziz Hairy-

Selesai sahaja Nadiah membaca surat tersebut, dia terus mengomotkan surat itu dan terus membalingnya ke dalam tong sampah. Diya terus menutup radio dan memasang lampu tidur kerana terlalu marah dengan Raziz.

Hari ini merupakan hari terakhir Nadiah, Syarp, Ikhwan, dan Shakeer di sini. Cikgu tidak masuk ke kelas kerana ada mesyuarat. Kesian Nadiah teruk dia kena buli dengan Raziz. Ada saja hal Raziz nak buat untuk mengusik Nadiah. Kejap dia sorok beg Nadiah lepas tu tarik kerusi Nadiah dan paling teruk mengejek Diya suka dekat Azlan. Azlan merupakan kawan Nadiah semasa di kelas 3 Mawar dulu. Kalau Syahirah datang Nadiah pasti tak akan dibuli oleh Raziz. Maklum je la Iera memang digelar bodyguard Diya.

Kawan baiknya itu tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang ke kampung malam semalam kerana neneknya meninggal dunia. Disebabkan tidak tahan di buli dia terus ke bilik guru untuk bertemu dengan Puan Habidah yang merupakan guru kesayangannya.

”Cikgu, teruk sangat ke budak teknik ni cikgu, salah ke saya ambil jurusan elektrik, sampai hari ni bukan tak ada perempuan seperti saya berjaya bergelar jurutera elektrik,”Nadiah meluahkan perasaannya.

Cikgu Habidah terus memujuk Nadiah dan memberi dorongan kepadanya untuk membuktikan teknik bukan seperti yang difikirkan Raziz dan gengnya. Keputusan PMR Nadiah pun bagus, dia mendapat 8A. Raziz mencari-cari Nadiah. Raziz menyesal kerana bertindak kasar terhadap Nadiah sebentar tadi.

Dia pasti dia telah pun menyinggung perasaan perempuan yang amat dia minati. Tetapi hatinya juga tersinggung kerana Nadiah tidak melayannya seperti Nadiah melayan Azlan dan Hazani. Tinggal lebih kurang sepuluh minit lagi sahaja loceng balik akan berbunyi yang menandakan Nadiah bukan lagi pelajar di situ.Nadiah bersalaman dengan semua kawan-kawannya. Sebagai tanda kenangan mereka menghadiahkan Nadiah sebuah beg. Baru sahaja, Raziz menjeling Nadiah untuk meminta maaf atas perbuatannya sebentar tadi tiba-tiba muncul pula Azlan.

”Hai,Diya,’

”Hai, ingatkan tak nak ucapkan selamat tinggal dekat saya,”Diya sengaja memerli Azlan.

”Saya Cuma nak kasi awak ni, nah ambil la,”lantas Azlan menghulurkan sekuntum bunga ros kuning kepada Diya.

”Terima kasih Lan, Diya tak ada apa nak kasi kat lan cuma kenangan sahaja yang mampu Diya tinggalkan, Diya harap Lan tak kecil hati ye.”

”Lan tak kisah yang penting kita tetap kawan kan.”

”Emm, betul tu lan jaga diri baik-baik tau, belajar rajin-rajin ya, ok, bye.”

Raziz membatalkan niatnya untuk meminta maaf daripada Nadiah. Mereka bergambar beramai-ramai kerana ini merupakan kenangan terakhir buat mereka.

”Zain, sini kejap,”Nadiah memanggil Zain yang sibuk bergambar dengan Syarp dan Ikhwan. ”Ya, ada apa yang boleh aku bantu,”Zain sudah pun terpacak didepan Diya.

”Ni, tolong kasi surat ni dekat ketua kau tu, kata dekat dia jangan ingat perempuan itu lemah,’Diya menghulurkan sekeping surat bersampul merah kepada Zain.

”Ok, no problem punya.”

Zain sudahpun menyerahkan surat Diya kepada Raziz dan pesanan yang Diya pesan padanya.

Assalammualaikum,

Mesti awak gembirakan dengan pemergian saya.Saya pasti awak gembira.Tak perlulah awak nak mengutuk budak teknik sebab semua manusia sama sahaja.Saya harap awak berjaya nak bergelar doktor konon.Kita lawan siapa yang akan berjaya,nak ke?oklah saya malas nak celoteh panjang dengan awak buang masa je,bye.

Nadiah,teknik.

Pada sebelah malam, Nadiah sibuk mengemas barang untuk di bawa ke asrama esok.

Kringgg.. Kringgg.. Nadiah telefon untuk kau, kedengaran suara mamanya memanggil dari bawah.

Lantas Nadiah berlari mendapatkan telefon meninggalkan barang-barangnya.

”Assalammualikum.”

”Waalaikumsalam,Diya aku ni Iera.’

’Ha, kau Iera, kau dekat mana sekarang ni?.”

’Kampung la, Diya aku tak boleh bercakap lama ni, aku nak wish good luck and remember me as your best friend.”

“Thank you, aku akan sentiasa ingat kau Iera.”

“Ok bye Diya.”

“bye.”

Perbualan mereka tamat sampai di situ sahaja.Namun Diya tetap berpuas hati kerana rindunya kepada teman baiknya akhirnya terubat juga. Nadiah terus ke bilik semula untuk menyambung semula kerjanya mengemas barang. Tiba-tiba telefon bimbit Nadiah berbunyi minta di angkat sambil menyanyikan lagu ‘Izinkan Ku Pergi”. Nadiah tanpa berlengah lagi terus mengangkat telefonnya.Ah, melihatkan nombor yang terpapar di

skrin telefon bimbitnya terasa berat hati pula untuk mengangkat,RAZIZ HOME*0342919538 terus dia mematikan deringan tersebut.

Sekali lagi telefon berdering minta diangkat. Raziz lagi. Nadiah tetap berdegil untuk tidak menjawab panggilan daripada Raziz.

“Diya, telefon untuk kau ni sayang,”mamanya memanggilnya.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam, Diya, Raziz ni kenapa tak jawap telefon tadi.

Tutttt...Diya segera meletak telefon apabila mendegar suara penjual minyak itu.

Hisy, kenapa la kau letak telefon , mesti kau marah dekat aku. Tak apa la anyway aku cuma nak ucapkan selamat tinggal dan good luck ditempat baru , bisik hati Raziz.

Diya tidak dapat tidur pada malam itu, sambil mendengar radio Diya asyik mengingatkan kenangan di sekolahnya itu. Tiba-tiba lagu Izinkan Ku Pergi berkumandang di corong radio dan ianya lebih menambah lagi kesayuan hati Diya untuk meninggalkan sekolah,rakan-rakan dan guru kesayangannya sehinggalah ianya di buai mimpi indah.


Kuliah Penulisan Kreatif 2007/2008 - emsem