Thursday, May 6, 2010

DERMA SEIKHLAS HATI DAN NURANI...




Menderma bukan sahaja bentuk kewangan atau barangan..tetapi kita boleh menderma apa yang ada pada diri kita demi menyelamatkan orang lain.Pendermaan organ adalah sesuatu amalan yang mulia.. memang sukar untuk seseorang itu untuk menderma organ kerana takut apabila meninggal ianya tidak menjadi sempurna. Pendermaan organ memerlukan keikhlasan seseorang...




Walaupun kita tidak dapat menderma organ sekalipun menderma darah juga adalah satu amalan yang mulia kerana dapat membantu orang yang kekurangan darah...Mungkin ini yang selalu kita dengar dan lihat masyarakat yang takut dengan derma darah..Kadang2 harap sahaja badan besar tetapi takut untuk menderma. Ada yang takut menjadi gemuk setelah selesai menderma darah kerana imunisasi nak makan tu kuat.. Pada 6/5/2010 aku telah menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Inilah tanggungjawab aku untuk mereka yang memerlukan.

No comments: