Sunday, September 21, 2008

Asrama SMK Tun Perak dalam Ingatan.......


Asrama Tun Perak meninggalkan memori indah dalam hidup aku, suka, duka, pahit, manis aku lalui dengan penuh tabah dan akhirnya aku mengapai bintang ke Menara Gading...Walaupun aku hanya tinggal di sini hanya 2 tahun tetapi memori itu tetap tersemat dalam sanubariku..
pada 12 Mei 2008 aku kembali ke asrama dan kali ini aku menjadi warden sementara kerana aku menjalani latihan amali atau pratikal sebagai seorang pendidik....alhamdulillah sepanjang 2 bulan di sini ianya memberi pengalaman yang bermakna dalam hidup..kenangan bersama rakan2 form 6 di dorm Gigih tetap di ingati..
(apai, ezwa, ucop, mahrus, amien, hisam, fahmi ). Sepanjang aku di sana aku diberi bimbingan oleh guru kelasku dahulu Pn. Hjh. Habidah. Selain itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantu terutama cikgu Faiza, Cikgu Daliza, Cikgu Ghafar, Cikgu Samani, Ustaz Che Ku, Ustaz Izzudin dsb.....tak lupa rakan seperjuanga pratikal daripada UTM kak Dila, Sheila, kAk Arini....Buat pelajar2 SMK Tun Perak yang banyak membantu dalam menjalani hidup sebagai Pendidik ini..
DORM IKHLAS

Ramadhan yang penuh kesabaran

salam Ramadhan .....

Bila teringat akan beliau, pasti aku teringat akan kenangan sewaktu kecilku..Dia yang ku panggil Abg. Deris seorang yang lawak orangnya dan sentiasa memberikan senyuman...walaupun keadaan fizikalnya yang gemuk tetapi dia seorang yang rajin berkerja. Seingat aku dia pernah berniaga pada waktu siang dan menjadi jaga pada waktu malam...Kesungguhan dia mencari nafkah untuk membesarkan anak-anaknya satu tanggungjawab yang perlu dilalui...Aku sedih bila mengenangkan nasib dirinya ...suka dan duka telah dilalui sepanjang hidup bersama isterinya dan sehingga dikurniakan rezeki seramai 8 0rang anak....Namun, anak bongsunya terpaksa diberikan kepada pakcik ku atas sebab-sebab tertentu...aku pasti sebagai seorang ayah pasti dia tidak merelakan anaknya diberikan begitu sahaja, desakkan hidup merubah segalanya...Beliau tabah mengharungi kehidupan yang penuh onak dan duri sehingga pada tanggal 20 sept 2008 pada hari sabtu jam 7.00 pagi, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir....kehilangannya pasti aku rasai, walaupun hubungan kami tidak begitu rapat bila aku meningkat dewasa. Sesuatu yang bermain di mindaku apabila mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil...Sukar rasanya kalau kehidupannya tanpa seorang ayah...sebagai anak kita bersyukur kerana masih mempunyai ayah...sebelum itu marilah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang beriman....
Al- Fatihah...