Sunday, November 30, 2008

Program Sepanjang Cuti Semester,,,,,,

roy,syawal, jai aku nk napi





Sepanjang cuti semester kali ini aku telah mengikuti beberapa aktiviti..........
Bermula 21- 23 hb Nov 2008 aku pi opkim Rakan Muda Desa Wawasan ( RMDW ) yang diadakan di Felda Trolak Timur, Slim River, Perak. Di sana aku ditempatkan bersama Muhamad Bin Ghazali di Rumah En. Arbain....... Sepanjang disana kami banyak mengikuti program yang diadakan antaranya jungle traking, Malam Kebudayaan, motivasi dan sebagainya....Aku juga telah mandi-manda di air terjun yang berada di hadapan rumah keluarga angkatku.....

24 Nov - 1 hb Dis 2008 pula aku terlibat dengan perkampungan UPSM ( Urusetia Pembangunan Sumber Manusia ). Sepanjang perkampungan aku banyak uruskan hal-hal yang berkaitan dengan program... Pada masa yang sama sempat aku memberikan kuliah kepada adik2 1 st year.....

27 Nov - 2 hb Dis 2008 pula aku terlibat dengan Kursus AUG siri 2, Akibat daripada kenkangan masa aku hanya join beberapa ceramah.... Selain daripada itu aku diberikan penempatan percuma di Kolej Keris Mas...

1 - 7 Dis 2008, Aku terlibat dengan program Operasi Khidmat Masyarakat Di Seberang Takir, Kuala Terengganu...Aku adalah pengarah program sepanjang program tersebut...

8 Dis 2008 Aku tidak pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha kerana kursus AUG sIRI 3 sedang berlangsung...

11-21 Dis 2008 ASEAN UNIVERSITY GAMES...

22hb Dis 2008 Aku balik ....

Friday, November 14, 2008

Penantian ku.......

Hari ini tamatlah sudah aku menghadapi peperiksaan bagi semester ke-5 ini...dah hanya tinggal 1 sahaja lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup di Universiti...Kehidupan ini ibarat lilin yang mengalir...daripada api yang merah menyala dan akhirnya ia akan hilang perlahan-lahan....2 Julai 2006 saat manis dalam hidupku apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia..ketika saat itu segala usaha keras yang ku lakukan sewaktu alam persekolahan tercapai jua akhirnya.....Kolej Pendeta Zaba menjadi permulaan hidupku di Universiti, banyak suka duka telah aku laluinya.. Pada pertengahan bulan 9, aku kehilangan seorang abang ipar yang amat di sayangi, saat itu aku merasakan kesedihan yang amat sangat...3 1/2 tahun aku dijaga olehnya seperti anaknya sendiri dan dialah salah seorang sumber inspirasi untuk aku terus berusaha untuk mencapai cita-cita, kata-katanya selalu tersemat dalam hatiku....al- fatihah ............
Kapreza 2007 Karnival yang pertama aku anjurkan memegang portfolia sebagai setiausaha....banyak perkara baru yang aku pelajari....kekuatan diberikan sehingga berakhirnya malam kemuncaknya...Portfolia sebagai Setiausaha Kerja PMUKM telah membuka lembaran baru dalam hidupku apabila julung kali dapat meneroka dunia angkasa terbang menuju ke India yang merupakan negara yang ingin aku jejaki sebagai seorang Doktor, namun aku hadir sebagai pelajar yang membawa nama Universiti Kebangsaan Malaysia..Urusetia Pembangunan Sumber Manusia juga tidak terlepas daripada program-programnya....bermula daripada Mei 2007, aku menjadi fasilitator mengikuti kursus yang di anjurkan..... Boleh hidup ke? telah memberi sumber kekuatan bagi aku meneruskan diri didalam UPSM ini... Program Motivasi Sekolah-sekolah Melaka detik permulaan aku sebagai pengarah program...
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga memberikan aku sumber ilmu yang amat berguna...demi masa depanku...SMK Tun Perak, Muar pula merupakan sekolah pertama aku mengajar walaupun hanya 2 bulan sahaja..

Thursday, November 6, 2008

Salam Takziah....

Salam Takziah diucapkan kepada Ahli Keluarga Zahidin dan Ilham atas pemergian pak longnya

Hj. Sulaiman Abdul Samad ke Ramatullah pada 6.30 pg 6hb 12 2008 bersamaa hari khamis...

Tuan Hj. Sulaiman adalah bekas Pengetua SMK Tun Perak, Muar yang baru sahaja bersara 3 bulan

yang lalu.. beliau seorang yang tegas dalam menjalankan tanggungjawabnya...kali terakhir aku

berjumpa dengannya pada bulan Jun sewaktu menjalani pratikal di pejabatnya untuk meminta

perbelanjaan untuk Karnival Aspura 2008 ( di temani Pn. Marina ) Kata-kata terakhir beliau

pada ketika itu, dia menyatakan seorang yang berjaya mestilah mempunyai komunikasi yang

baik....Permegian beliau ku anggap satu kehilangan yang besar dalam dunia pendidikan...

Sebagai bekas seorang pelajar dan kakitangan ( sewaktu pratikal ) aku mengucapkan salam

takziah buat keluarganya dan mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat,,,,,, Al - Fatihah..

Sunday, November 2, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..........

Assalamualaikum....

Isnin, 3 November 2008 :- Selamat menghadapi peperiksaan diucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga anda semua memperolehi kecemerlangan.

ucapan ditujukan untuk :-

6 Atas Delima ( SMK Tun Perak, Muar )

Ezwafahmey Ahmad Kusaini ( Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI)

Mohd Hafiez Dzulkarnain ( Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI)

Mohd Aminurrahim Hj. Noh ( Universiti Utara Malaysia, UUM)

Junaidah Jabar ( Universiti Utara Malaysia, UUM)

Haszura Mahat ( Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM )

Mohd Mahruz Mohd Fazail ( Universiti Malaysia Sarawak, Unimas )

Handayani Bagong ( Universiti Malaysia Sarawak, Unimas )

Nurul Husna ( Universiti Malaya , UM )

Mohd Fahmi Miftahuddin ( Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS)

dan yang lain2 yang tak ingat tu maaf la yeR.....

ALL THE BEST.... N SELAMAT MENJAWAB...

Saturday, November 1, 2008

Siapa aku dihatimu.....

























BeRAT MAta MEMAndang...
BeraT lAGI bahu YaNg MeMikul...
Saban hari Masa berganti Hari..
Hari BerGANti BulAN ..
bUlan BERgANTI tAHUN...

sEPANJANG kEhIDUPAN INI..
memang MeMPuNYAI PeLbagai
caBaran dan DugAan...
SukA daN dUKa ....
PahiT dAN mANIS...

IniLaH rEAliTi KeHiDuPaN...
NaK tAK naK akU lALui Jua..
CiNTA?? kaSiH sAyAng?
aku harAPkan ianya..
MEnjAdi KeKuatAN..

NamUN,
pAda mU jUA TUHAN
Aku seRAhkan Segala-GalaNya..
dan PadA Mu Aku meminTa...