Thursday, January 19, 2012

I AM BACK !!!

Rasanya dah lama x update my blog ni..

Lastnya bila teringat kat arwah abg ipar yang telah hampir 5 tahun lebih meninggalkan dunia ini... Tahun 2011 memang membawa seribu satu kemanisan yang mmg x dapat aku lupakan namun begitu, ada terselit rasa pahit yang payah untuk di telan ....
yang pertama ibu tercinta disahkan stroke. Bayangkanlah sebelum ini sihat dan ceria bertukar menjadi derita.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. Aku mengharapkan ibuku sembuh seperti sediakala dan dapat melihat aku konvo buat kali kedua nanti...

Tahun 2011 Juga aku kehilangan seorang guru yang begitu prihatin dan sporting.. Walaupun beliau menghidap kancer tetapi beliau tabah dalam menghadapinya... Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.. Aku Redha moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Tahun 2012 membuka lembaran baru dalam diari kehidupan aku..aku mengharapkan dapat membuat sesuatu yang berfaedah dalam hidupku.. Semoga Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya ini untuk menjadi manusia yang berguna untuk masa depan yang gemilang.. Moga tahun ini juga ibuku sembuh seperti sediakala... amin..

Monday, August 15, 2011

Al- Fatihah..


Salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan,

Hari ni masuk hari ke 15 umat Islam berpuasa..
Aku masih lagi di bumi UKM tercinta...
Kalau tahun lepas aku bersahur dan berbuka kat bilik sorang2..
tapi tahun ini aku kembali bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan.
Tahun ini masuk 5 tahun arwah abg iparku pergi meninggalkan kami semua..
Bila ingat-ingat balik rasanya baru je semalam dia pergi..Kehilangannya amat dirasai..
Kata-katanya menusuk ke kalbu jiwaku..Dia pergi disebabkan kanser usus.. Andainya dia masih ada alangkah baiknya..Kehidupan kami rasa sempurna sangat.. tapi malangnya masa tidak akan berundur.. aku terima suratan takdir ini.. Aku hanya mampu berdoa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

Al- Fatihah..

Thursday, April 21, 2011

Demam , Selsema dan Batuk


Salam Semua,

Sejak awal tahun ni, dah dua kali saya terkena batuk dan selsema. Sekali-sekala demam datang dikala suhu tubuh badan meningkat. Serius rasa sangat tak selesa bila selsema je memanjang. Hidung meleleh je dengan hingus yang cair.

Jijik, tapi kalau korang sendiri yang kena macam ni, nak duduk diam memang tak boleh la. Rasa nak baring dan tidur je. Kalau masa kena batuk tu lagi la. Tengah syok tidur pun boleh terjaga sebab tak tahan sangat nak batuk. Batuk kadang-kadang sampai rasa nak terkeluar anak tekak dan segala isi perut. Kalau tidur dengan orang lain macam di asrama, memang kesian kawan tu sebab terganggu je dengan bunyi bising kita batuk-batuk.

Batuk dan selsema. Memang selalu disebut bersama sebab saling berkait. Persamaannya, dua-dua melibatkan sistem respiratori ataupun sistem pernafasan. Kalau awal-awal tu kena selsema, peratus untuk batuk pun tinggi juga. Macam tu jugaklah sebaliknya.

Selsema disebabkan oleh jangkitan virus. Jadi, tiada antibiotik yang boleh dimakan sebab antibiotik hanya bertindak keatas bakteria. Bakal doktor, ahli farmasi dan doktor-doktor tolong sahkan fakta ni.

Jadi, kebiasaanya apabila korang terkena batuk dan selsema, doktor hanya mempreskripsikan ubat (baca: dadah) untuk mengurangkan simptom. Sebab tu la biasanya bila makan ubat batuk dan selsema ni rasa ngantuk. Ada je ubat yang tidak menyebabkan mengantuk, tetapi pada harga yang jauh lebih mahal.

Ubat demam yang biasa kita makan, paracetamol (baca: panadol) tu pun sejenis dadah jugak. Dimakan sekadar untuk mengurangkan rasa demam dan sakit yang dihadapi. Banyak juga mitos yang orang selalu sebut pasal panadol ni, macam tak elok untuk perut kalau selalu makan. Sejauh mana benarnya, saya pun tak tahu.

Jadi, kalau korang rasa boleh tahan dan tiada keperluan untuk tidak makan ubat yang bukan antibiotik ni yang sekadar untuk kurangkan rasa sakit dan tidak selesa, lebih baik tidak dimakan ubat tu.

Amaran: Ini bukan nasihat doktor, apatah lagi seorang pengamal perubatan. Siapa lah saya kan????

Tuesday, April 19, 2011

Exam Oh Exam.....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hai kawan2.. Setelah sekian lama aku x update blog ni tetiba kuar entry ni kan..
sebenarnya aku nak cerita tentang exam minggu ni.. hampir setahun lebih aku x ambil exam tapi semalam aku terpaksa menjawab soalan exam pada usia 25 Tahun untuk subjek Profesion Perguruan.. Susah gak erk nak jawab exam ni.. dah la subjektif.. apa yang aku ingat aku jawab jer la.. mls la nk pk2 g..mudah2an aku lulus... selang beberapa hari lagi aku akan amik paper last sekali untuk KP.. HARAP2 aku dapat jawab dengan jiwa yang tenang.. teringat masa dgree dulu,,, x stdy pun last2 dapat A gak.. amin.. huhuhu ok la thanks U all,,

Sunday, December 26, 2010

Sesuatu yg tidak di jangka...



Surat ini benar-benar membuatkan aku rasa tidak percaya...Namun pada hakikatnya sekarang aku sudah pun mendaftarkan diri sebagai pelajar sarjana.. Jauh di sudut hati aku untuk melepaskannya.. Walaupun banyak tawaran kerja yang ku terima, tetapi inilah pilihan yang paling tepat aku buat untuk mengejar cita-citaku..

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada aku untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini... terutama ibu dan bapaku serta adik beradik yang sentiasa mahu melihat aku berjaya.. Akan ku balas jasa mereka dalam memberikan pendidikan ku sehingga kini.. amin

Monday, November 8, 2010

Pendakian Bukit Tabur, Gombak...



Assalamualaikum ...

Hai, kwn-kwn semua..

Minggu lepas aku banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan..tapi sebelum tu aku pergi ke Bukit Canggang, Banting Selangor untuk bertemu dengan mak tersayang. Hujung minggu kali ini aku pergi mendaki Bukit Tabur, Gombak. Bukit Tabur merupankan Bukit yg kedua selepas Bukit Broga. . Perjalanan dari Bangi mengambil masa 1 jam jer.. Pemandangan di Bukit Tabur cantik kerana ianya berhampiran dengan sebuah empangan.