Saturday, January 24, 2009
Salam Takziah buat Zin Sekeluarga......
" Sesungguhnya Allah itu lebih menyayangi Hj. Jonit Bin Othman iaitu ayahda kepada Saudara Mohd Zin yang telah ke ramatullah pada pukul 3.30 pagi bersamaan 23hb Januari 2009 bersamaan hari Jumaat di kediamannya di Felda Bukit Batu...." Al-Fatihah..
" Setiap yang hidup pasti akan pergi buat selama-lamanya dan yang hidup kenalah teruskan kehidupan seperti biasa....tanggal 19 hb Januari aku di kirimi sms daripada saudara zin yang menyatakan bapanya sedang nazak,tatkala itu hati mula tak senang...sewaktu itu aku sedang menjalani kuliah yang diajar oleh En. Lah..aku terus memberitahunya tentang perkara tersebut dan meminta izin untuk keluar...."
" Aku meluru ke bilik UPSM dalam keadaan yang gusar...aku memberitahu rakan2 lain yang ada di dalam bilik persatuan tentang perkara itu, Zin datang mengambil aku di bilik UPSM. Di dalam pada itu, Syiera dan Kak Linda berkeinginan untuk turut serta pergi menemani aku dan olo. Perjalanan Ke Felda Bukit Batu mengambil masa dalam 2 jam 1/2...Kami singgah di perhentian R&R untuk makan dan meneruskan perjalanan"
"Kira-kira 1.30 tghari kami sampai tempat yang dituju, keadaan bapa zin pada ketika itu memang nazak dan terdapat buih-buih keluar daripada mulutnya..Perasaan sayu terasa tiba-tiba apabila zin menyatakan kepada bapanya yang dia ada di sisinya...Mata bapanya berkelip seketika, seolah-olah dia tahu anak bongsunya itu pulang...Aku menunaikan solat Zohor dan kemudian membacakan yasin di hadapan Arwah..."
" Selesai menunaikan solat Maghrib, sekali lagi kami semua membacakan yasin untuk arwah, pada ketika itu sayu rasanya,mata arwah buka pelahan2 melihat anak2 dan cucu membacakan yasin untuknya..Aku merasa kasihan melihat keadaan jenazah yang tidak dapat makan dan hanya meminum beberapa titik air sahaja.."Pada esok paginya keadaan bapanya agak stabil...kami mengambil keputusan untuk balik ke UKM dengan menaiki bas..."
" Kepada Zin dan Keluarga, semoga tabah mengahapi ujian ini, terimalah dengan hati terbuka dan sama-samalah kita berdoa agar arwah di tempatkan di kalangan orang beriman...."
Al- Fatihah.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment