Sunday, January 25, 2009
Khas UntukMu....
Assalamulaikum....
" Sesungguhnya setiap insan dikurniakan seorang ayah dan ibu...begitu juga dengan aku...
abah bernama Othman Bin Hj.Yunos dilahirkan pada 12hb Ogos 1947...Nama panggilan Abah ialah Harun. Abah seorang bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab mencari nafkah untuk kami adik-beradik.....Abah seorang yang pendiam dan tidak suka memarahi anak-anak....Abah sentiasa memberikan sokongan kepada aku untuk terus belajar....Mak aku bernama Terpileh bt. Hj. Mustapa atau dikenali dengan panggilan kak pilih @ intan.Di lahirkan pada 4hb Febuari 1958... Mak seorang yang tegas mendidik anak2..Mak sentiasa memberikan sokongan kepada aku untuk terus belajar....Air mata mak mengalir bila anaknya ini diterima masuk ke Universiti...Aku bangga menjadi anak mak & abah.....
" Abah dan Mak , terima kasih atas segalanya.....jasa dan pengorbananmu tidak ternilai harga...segala permintaanku telahpun kau tunaikan dan tinggal aku sahaja sebagai anak membalasnya....Abah dan Mak walaupun kita berjauhan aku tetap merinduimu...Kadang-kala hati terusik bila mengenangkan Mak dan Abah di Kampung...Abah & Mak aku akan membantu dirimu dan aku amat menyayangimu..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment