Thursday, May 13, 2010

Sifat orang yang lahir pada bulan Mac biasanya:


Shah lahir pada bulan Mac.

1: Berpesonaliti menarik dan menawan.
2: Mudah didampingi.
3: Sangat pemalu dan pemendam rasa.
4: Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
5: Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
6: Suka pada kedamaian.
7: Sangat peka pada orang lain.
8: Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
9: Tidak cepat marah dan sangat amanah.
10: Tahu membalas dan mengenang budi.
11: Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
12: Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
13: Suka berangan-angan.
14: Suka melancong.
15: Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
16: Kelam kabut dalam memilih pasangan.

ADAKAH INI AKU??? HUHUHU

Thursday, May 6, 2010

DERMA SEIKHLAS HATI DAN NURANI...




Menderma bukan sahaja bentuk kewangan atau barangan..tetapi kita boleh menderma apa yang ada pada diri kita demi menyelamatkan orang lain.Pendermaan organ adalah sesuatu amalan yang mulia.. memang sukar untuk seseorang itu untuk menderma organ kerana takut apabila meninggal ianya tidak menjadi sempurna. Pendermaan organ memerlukan keikhlasan seseorang...




Walaupun kita tidak dapat menderma organ sekalipun menderma darah juga adalah satu amalan yang mulia kerana dapat membantu orang yang kekurangan darah...Mungkin ini yang selalu kita dengar dan lihat masyarakat yang takut dengan derma darah..Kadang2 harap sahaja badan besar tetapi takut untuk menderma. Ada yang takut menjadi gemuk setelah selesai menderma darah kerana imunisasi nak makan tu kuat.. Pada 6/5/2010 aku telah menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Inilah tanggungjawab aku untuk mereka yang memerlukan.

Wednesday, May 5, 2010

SALAM PERPISAHAN...




Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

( khas ditujukan buat rakan-rakan pratikal dari USIM )
- AMAL , KAK HAE, SARAH DAN NAB )

Tuesday, May 4, 2010

Menjejak Pelangi

Terketar-ketar
Bibirku bila saja tersentuh
Dingin penawar
Yang kau berikan sepenuh hati

Merawat lukaku
Perantau terdampar
Selembut dara dikala menguntum
Kesuma di halaman mahligai

Halus belaian
Dan budi bicaramu kasih
Hingga terlerai
Segala derita yang membuai

Perasaan ragu
Di jalan berliku
Gerimis riang berkilau kilauan
Menyeri wajahku kian tersenyum

Lena didakap impian
Lena bersemadi menghayati
Cinta sedalam samudera
Seluas angkasa hijau tak bertepi

Redakanlah rinduku
Yang masih bergelora di jiwa
Cuba menjangkau jawapan
Masih kesamaran oh kekasih

Rasa tak terdaya
Untuk melangkah
Ke kaki pelangi memburu mimpi
Rasa bagaikan
Menjejak pelangi

Monday, May 3, 2010

TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan... alang-alang dah sampai Pahang, kami semua ( aku, napie, cidot dan Haf ) terus berjalan...Destinasi kali ini adalah Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Keindahan ciptaan Tuhan memang mengasyikan inilah dikatakan khazanah yang tidak ternilai harganya. Petang 1 Mei 2010, kami semua menghabiskan masa di lubuk simpon untuk bermandi- manda..kesejukan sungai yang dingin mengigit tubuh hingga ke tulang. kami mengindap di Pondok Durian yang amat selesa. Kawasan yang cantik dipenuhi dengan dusun buah-buahan amat menyeronokkan. keadaan yang selesa membuatkan tidurku menjadi lena bagaikan di buai mimpi indah.




Seawal pagi kami semua bangun bagi meneruskan misi seterusnya. Bukit Teresik dan Titian Canopy. Perjalan 2.5 KM memberikan kepuasan yang teramat sangat,walaupun agak penat sedikit tetapi sekurang-kurangnya dapat melupakan penat berkerja dan kesesakan di ibu kota. Pada pukul 12 kami terus keluar daripada tempat penginapan dan terus menuju ke Kuala Lumpur.

Walaupun kami pergi berempat tetapi ia suatu kepuasan dalam hidup...harap-harap untuk program akan datang lebih ramai lagi yang dapat sama-sama menyertai.



Thanks you to all my friend's...

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK SUE & ABG. JASS..

Pada 1 Mei 2010 merupakan hari bersejarah bagi kak sue dan abg.jass kerana mereka selamat di ijab kabul. Majlis perkahwinan yang berlangsung di Felda Gelanggi 2 diserikan dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. Doaku semoga mereka kekal bahagia sehingga akhir hayatnya.


Selamat pengantin baru buat kat Sue dan Abg. Jass