Salam kawan2ku sekalian, ingin aku berkongsi cerita mengenangkan malam sebelum exam sastera undang2 dan ketatanegaraan.
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam, aku bangun dari lenaku sebentar tadi.ku lihat telefon bimbitku terdapat dua mesej yang masuk lalu ku lihat ianya daripada abang dan sahabatku. Aku membalas kembali mesej yang diberikan dan dalam pukul 1.00 pagi aku menyambung kembali telaah yang aku tinggalkan akibat terlelap tadi.Keasyikan membaca Pengaruh Hindu dan Islam dalam Hukum Kanun Melaka, tiba-tiba aku di kejutkan dengan sms daripada sahabatku yang pada ketika itu sedang duduk sendirian di bilik persatuan.Mesej itu berbunyi begini:-
" Waaa, aku sangat bosan di bilik persatuan ni, x ada sapa2. Aku lapar tahap dewa ni.Bosan + lapar = gila."
Aku membalas mesej itu, pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku pergi ke bilik napie untuk meminjam motornya dan terus ke bilik persatuan. Di bilik itu, aku mengambil kesempatan untuk memprint asingment terakhir aku yang wajar di hantar sebelum peperiksaan bermula pada keesokkan tengahari. Setelah selesai daripada melakukan kerja itu, aku terus pergi bersamama sahabatku untuk makan di Faris Maju. Aku meminta roti kosong bersama teh o ais limau sementara sahabatku meminum teh tarik dan roti pisang. Selesai sahaja makan, kami kembali ke bilik persatuan, Aku mula terfikir apa yang harus aku lakukan untuk mencari sesuatu untuk menambah pendapatanku.
Ketika sahabat-sahabat lain sedang lena di buai mimpi indah dan ada yang sedang sibuk menhabiskan bab demi bab untuk exam esok tengahari. aku dengan di temani rakan tadi telah melakukan satu perkerjaan yang halal. Aku terpaksa menebalkan muka demi sesuap nasi mengalas perut yang sentiasa bernafsu. Tong-tong sampah aku terokai untuk mencari apakah yang ada di dalamnya untuk ku jadikan duit. Aku terus mencari dari FSSK aku beralih ke pusanika.
Pukul 4 pagi aku kembali ke bilik persatuan, kali ini aku kembali telaah tentang sastera undang-undang mengenai kedatangan Islam merubah peradaban Melayu yang telah dibentang oleh Zack dan Abang Hamdan pada tutor yang terakhir dan pada ketika itu aku tidak ada.
Pukul 5.15 aku kembali beroperasi demi sesuap nasi dan kali ini aku beralih ke Perpustaakan Tun Seri Lanang dan FST. Rezeki memang melimpah ruah kali ini, walaupun ada beberapa orang pelajar lain yang sedang mentelaah aku terpaksa menebalkan muka hilangkan rasa malu untuk mencari rezeki. Kadang ada yang memandang tapi aku hanya memberikan senyuman tanda sedekah ku kepada mereka semua.
Agak lama juga aku berjalan merentasi alur ilmu,mendaki bukit dan sebagainya akhirnya aku berhenti di situ dan kembali ke bilik persatuan. Segala rezeki yang ku perolehi aku masukkan ke dalam plastik hitam, aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku perolehi. Aku membawanya pulang dengan hati yang girang, walaupun sedikit tetapi demi sesuap nasi aku sanggup lakukan asalkan ianya halal untuk ku kukerjakan.
Aku menyiapkan diri untuk menghadap Ilahi, Ku berdoa agar aku di murahi rezeki lagi nanti. Mudah-mudah diberikan kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini dan mudah-mudah senang untuk aku menjawab exam tengahari nanti.Aku teruskan telaah dan terus menelaah sehinggalah aku memasuki dewan peperiksaan itu.
p/s- ingatlah rakan-rakanku rezeki berada dimana-mana, apa yang penting kena berusaha untuk mendapatkannya. Kita sewajarnya beruntung dengan rezeki yang ada, jangan membazir dan sentiasa beringat kepada saudara kita, lihatlah mereka yang berada di afrika, somalia, bosnia, afganistan, iraq.. mereka semua kadang2 tidak makan kerana tidak punyai wang. Hidup mereka penuh dengan penderitaan. kita bersyukur kerana adanya kitar semula ini kerana selain menjaga bumi kita ianya memberikan rezeki yang halal buat kita.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment