Hari ini tamatlah sudah aku menghadapi peperiksaan bagi semester ke-5 ini...dah hanya tinggal 1 sahaja lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa hidup di Universiti...Kehidupan ini ibarat lilin yang mengalir...daripada api yang merah menyala dan akhirnya ia akan hilang perlahan-lahan....2 Julai 2006 saat manis dalam hidupku apabila berjaya menempatkan diri di Universiti Kebangsaan Malaysia..ketika saat itu segala usaha keras yang ku lakukan sewaktu alam persekolahan tercapai jua akhirnya.....Kolej Pendeta Zaba menjadi permulaan hidupku di Universiti, banyak suka duka telah aku laluinya.. Pada pertengahan bulan 9, aku kehilangan seorang abang ipar yang amat di sayangi, saat itu aku merasakan kesedihan yang amat sangat...3 1/2 tahun aku dijaga olehnya seperti anaknya sendiri dan dialah salah seorang sumber inspirasi untuk aku terus berusaha untuk mencapai cita-cita, kata-katanya selalu tersemat dalam hatiku....al- fatihah ............
Kapreza 2007 Karnival yang pertama aku anjurkan memegang portfolia sebagai setiausaha....banyak perkara baru yang aku pelajari....kekuatan diberikan sehingga berakhirnya malam kemuncaknya...Portfolia sebagai Setiausaha Kerja PMUKM telah membuka lembaran baru dalam hidupku apabila julung kali dapat meneroka dunia angkasa terbang menuju ke India yang merupakan negara yang ingin aku jejaki sebagai seorang Doktor, namun aku hadir sebagai pelajar yang membawa nama Universiti Kebangsaan Malaysia..Urusetia Pembangunan Sumber Manusia juga tidak terlepas daripada program-programnya....bermula daripada Mei 2007, aku menjadi fasilitator mengikuti kursus yang di anjurkan..... Boleh hidup ke? telah memberi sumber kekuatan bagi aku meneruskan diri didalam UPSM ini... Program Motivasi Sekolah-sekolah Melaka detik permulaan aku sebagai pengarah program...
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga memberikan aku sumber ilmu yang amat berguna...demi masa depanku...SMK Tun Perak, Muar pula merupakan sekolah pertama aku mengajar walaupun hanya 2 bulan sahaja..
No comments:
Post a Comment