Sunday, September 21, 2008

Ramadhan yang penuh kesabaran

salam Ramadhan .....

Bila teringat akan beliau, pasti aku teringat akan kenangan sewaktu kecilku..Dia yang ku panggil Abg. Deris seorang yang lawak orangnya dan sentiasa memberikan senyuman...walaupun keadaan fizikalnya yang gemuk tetapi dia seorang yang rajin berkerja. Seingat aku dia pernah berniaga pada waktu siang dan menjadi jaga pada waktu malam...Kesungguhan dia mencari nafkah untuk membesarkan anak-anaknya satu tanggungjawab yang perlu dilalui...Aku sedih bila mengenangkan nasib dirinya ...suka dan duka telah dilalui sepanjang hidup bersama isterinya dan sehingga dikurniakan rezeki seramai 8 0rang anak....Namun, anak bongsunya terpaksa diberikan kepada pakcik ku atas sebab-sebab tertentu...aku pasti sebagai seorang ayah pasti dia tidak merelakan anaknya diberikan begitu sahaja, desakkan hidup merubah segalanya...Beliau tabah mengharungi kehidupan yang penuh onak dan duri sehingga pada tanggal 20 sept 2008 pada hari sabtu jam 7.00 pagi, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir....kehilangannya pasti aku rasai, walaupun hubungan kami tidak begitu rapat bila aku meningkat dewasa. Sesuatu yang bermain di mindaku apabila mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil...Sukar rasanya kalau kehidupannya tanpa seorang ayah...sebagai anak kita bersyukur kerana masih mempunyai ayah...sebelum itu marilah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang beriman....
Al- Fatihah...

1 comment:

emsem said...

semoga diriku tabah menghadapi segalanya...